Tuesday, May 3, 2011

Rencah Hidup

Assalamualaikum,



**Sekadar gambar hiasan

Perasaan malas semakin galak beraja di hati. Puas aku cuba untukmengusirnya dari terlalu kerap bertandang namun semakin aku cuba untuk mengelak semakin aku gemar kan ia. Mungkin juga usaha aku untuk mengusir malas itu hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam dan sekadar melepas batuk di tangga.

Mungkin juga aku tidak mempunyai kemahiran menulis yang hebat. Tulisan aku sekadar biasa-biasa yang mempunya banyak kesalahan ejaan, kosa kata mahupun susunan ayat. Tapi aku suka membaca penulisan orang laiin yang indah dan mengasyikkan sama ada dalam B. Malaysia mahupun Inggeris. Bagaimana aku selalu cemburu melihat tulisan-tulisan mereka yang cantik dan membuat aku seronok. Aku juga minat kepada bahasa-bahasa klasik. Indah.

Hmmm, aku rasa tajuk tulisan aku hari ini tidak digambarkan  kepada apa yang aku tulis. Kronologinya juga tiada. Namun, aku tidak peduli kerana kadang kala pemikiran ku juga begitu.


*p/s : Gambar boleh mnceritakan pelbagai cerita di sebalik watak yang kaku tidak bernyawa di dalamnya. 
**p/ : Aku agak bercelaru dan kurang tumpuan.



Wednesday, April 13, 2011

Sibuk@malas

Assalamualaikum..


Sekarang sudah masuk pertengahan bulan April. Catatan terakhir pada bulan Mac. Bukankah aku sudah menyatakan kepada diriku sendiri yang aku akan membuat catatan ku pada setiap hari. Mudahnya untuk aku mungkir janji terhadap diri sendiri. Apatah lagi pabila kau berjanji dengan orang lain, adakah sebegitu mudah untuk kau mungkiri apa yang telah kau ucapkan mahupun janjikan? Apa alasan yang akan ku cuba cari untuk menafikan hakikat tersebut? Sibuk atau malas? Kekurangan idea atau tiada masa?..

Pernah atau tidak kita perasan yang kita sentiasa sibuk mencipta seribu satu alasan untuk menyelamatkan diri tapi yang sebenarnya lama kelamaan kita telah berjaya mencipta satu penafian yang tidak dapat kita bezakan antara realiti mahupun bukan. Pelik kan sekurang-kurangnya pada pandangan dan akal fikiran ku yang dangkal ini.

Aku akui, aku agak sibuk dengan projek ku yang tidak pernah habis. Sentiasa ada cabang yang baru perlu aku teroka dan fahami dan pelajari bagi memberikan penyelesaian yang terbaik. Hakikatnya, apa yang baik di mata orang luar belum tentu sesuai untuk digunapakai bagi diri kita ataupun untuk orang di sekeliling kita kan. Mungkin ada yang pernah mendengar ungkapan itu tapi perlu juga untuk aku nyatakanya di sini. Hmm..Bosan?..Jangan pernah bosan jika apa yang kita dengar itu boleh menjadi panduan yang berguna pada diri kita kan.. =)

**p/s: Makhluk ciptaan Allah itu menarik bukan..Saling melengkapi dalam kitaran hidup kita.
**p/s/s : Gambar "Abu" (kambing) sebelum disembelih bagi menunaikan janji yan telah dibuat (nazar). Ironik bukan.. =)

Sunday, March 27, 2011

Ahad yang tenang

Assalamualaikum...

Ahad yang dilalui tanpa ada apa yang luar biasa berlaku. Cuma pergi jemputan ke majlis rumah orang kahwin di Hulu Langat. Makanan sedap walaupun cuaca sangat panas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. Berkat yang diberi juga mewah.Kadang kala rasa rindu dengan suasana kerja kahwin di kamyng zaman dulu kala. Penuh dengan semangat gotong royong dan kemasyarakat. Jika mengikut adat jawa, sesi gotongroyong itu dipanggil rewang. Bila hari berlangsung iaitu hari persandingan, tetamu yang hadir akan diberi buah tangan atau "berkat" yang biasanya terdiri dari nasi minyak serta telur yang diikat di dalam tisu.Oh, indahnya memori tersebut. Mungkin zaman sekarang lebih memilih kepada praktikaliti dan khidmat katering bagi menjalankan majlis perkahwinan mereka.Tepuk dada tanya selera. =)

**p/s: Adakah sikap mementingkan diri sendiri lebih menebal pada masa kini berbanding dengan zaman dahulu. Pastinya mereka mempunyai jawapan dan alasan bagi membela diri sendiri begitu juga dengan aku. =)

S.I.C.K @ S.A.K.I.T

Assalamualaikum semua..

Baru nak masuk entry kedua padahal sebelum ni bukan main berkobar-kobar lagi nak menulis seolah-olah tiada hari esok lagi untuk mencurahkan idea. Kadangkala rasa pelik dan hairan dengan diri sendiri, selalu bertanya kenapa perlu untuk menulis kembali sedangkan sebelum ini dengan nekadnya membuang dan mengabaikan apa yang telah ditulis walau ianya hanya untuk tatapan peribadi?. Mungkin ilham dan rasa untuk menulis yang masih ada di dalam diri ini yang menjadi pendorong untuk meneruskan apa yang telah dimulakan.

Berbalik kepada tajuk, minggu yang sudah menjadi minggu yang menguji kerana Allah memberi sakit bagi aku menginsafi diri yang serba kurang ini. Buat aku terfikir apa yang telah aku buat dan sumbang kepada diriku, ibu bapaku, kelaurgaku, bangsaku serta segala perkara yang berkaitan denganku? Aku jadi takut kerana bila kau fikir dan cuba untuk menyenaraikannya, senarai yang terhasil mengecawakan diriku. Aku jadi takut seandainya, Allah cabut nyawaku sedang aku di dalam keadaan yang masih tidak bersedia. Ya Allah, aku tahu sesunnguhnya syurgamu terlalu tinggi untuk aku gapai tetapi kau berikan lah ruang untuk aku bertaubat kerna aku tahu nerakamu itu terlalu dekat denganku dan aku maha takut dengannya...


**p/s: Allah dengarilah rintihan dan doa hambamu yang kerdil ini.

Thursday, March 24, 2011

Permulaan....

Alhamdulillah, satu titik permulaan yang berjaya bagi diriku walau ianya hanya satu titik yang kecil dan pastinya impak yang terlihat tidak signifikanbagi orang lain yang membaca tapi tidak bagi aku..Selamat mengharungi dunia blog tanjung.. =)







**p/s: setiap pengakhiran kepada sesuatu bermakna permulaan kepada sesuatu yang lain. Begitu juga dengan kehidupan.